Sunday 1 March 2015

KELS INTERNATIONAL



ACTIVEVIT supplement yg terbaik utk minda & kecergasan badan. Sesuai utk semua peringkat usia terutama pelajar yg memerlukan kecergasan otak utk menimba ilmu. Dihasilkan drpd 100% bahan organik dan dijamin bagus


SOAPHIE
Sesuai untuk semua individu, dari kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa khususnya individu dengan masalah kulit kusam, tona kulit yang tidak sekata, kulit muka mudah berminyak, muka berjerawat, kesan atau parut jerawat lambat hilang, kulit bermasalah seperti ekzema dan gatal-gatal serta melindungi kulit daripada serangan kuman dan bakteria.

DIPERBUAT DARIPADA :

1) SPIRULINA - mengelakkan kekeringan kulit dan memberi kelembapan serta mengekalkan kesihatan kulit
2) CARRAGEENAN - membuang sel-sel kulit mati (kulit lebih halus dan licin)
3) SUSU KAMBING - agen yang dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit, juga sangat baik untuk kulit bermasalah.
4) MADU ASLI - kesan antioksida membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan,membekalkan vitamin yang berupaya membaik pulih sel kulit.
5) OLIVE OIL - mengekal kelembapan kulit sekaligus melembut dan menganjalkan kulit
6) ANTI BAKTERIA - melindungi kulit daripada serangan kuman dan bakteria
7) VITAMIN & MINERAL - Kandungan Quali-C, Vitamin H (Biotin) & E, Beta Karoten, Zink dan Selenium memulihkan bahagian bawah permukaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru serta menghasilkan bahan intereron untuk mencegah penyakit kulit.

Tuesday 6 May 2014

Bismillahirahmanirrahim....

Wahai Akhi yang baik..
Ajari aku menjadi Bidadarimu.
Ajari aku menjadi wanita yang bertutur kata santun.
Ajari aku menjadi wanita yang berbudi pekerti mulia.
Ajari aku menjadi wanita yang pandai berhijab.
Ajari aku menjadi wanita yang sanggup menjaga kehormatan.

Agar aku tidak tersesat.
Agar aku tidak selalu berteman maksiat.
Agar aku menjadi wanita terhormat.
Yang selalu mendapat rahmat.

Aku tak sekadar hanya mencari pendamping.
Tapi aku lebih inginkan seorang pembimbing.



Aku tak sekadar inginkan cinta semata-mata
Tapi aku ingin seorang pembimbing yang kelak boleh menjadikan aku mulia di hadapan-Nya.
 

Tegurlah aku ketika salah.
Ingatkan aku ketika khilaf.
Bimbinglah aku ke jalan yang lurus.

Agar kelak aku dapat menjadi seorang makmum yang baik.
Agar kelak aku menjadi seorang ibu yang baik buat anak-anakku.
Yang pada akhirnya akan membawa diriku mendapat redha-Nya. 




Thursday 1 May 2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Lame dah diri nie menyepi dari penulisan blog. b'habuk dah blog nie bile lame x kunjung. rase rindu pulak nak b'blogger. sebelum nie x punye kesempatan disebabkan oleh kekangan masa dan tanggungjawab sebagai student tahun akhir yang bertimbun dgn tugasan kuliah. kali nie x ade ape sgt yg nak diceritekan....

Lumrah hidup sebagai manusia, aku tidak terlepas dari permasalahan. semester nie banyak dugaan yg telah aku tempuhi. kesemuanya aku cuba hadapi dgn sabar dan tabah atas sokongan family dan kengkawan. Tanpa diorg aku x kuat nak hadapinya sorang-2. Aku hanya fikir tu sume ujian yg diberikan oleh Allah utk hambaNya. Dia nak uji tahap keimanan ku terhadapNya. sume dugaan yg ku tempuhi tu jugak bnyk mengajar aku erti kehidupan. kita sbg hambaNya yg kerdil x punyai kuasa utk melawan takdir yg telah ditetapkan sejak azali lagi. sekarang alhamdulillah keadaan menjadi lebih baik dan Inshaa-Allah akan bertambah baik pada mase akan datang. Dalam ape pown keadaan x kire la mase suke ke mase duka ke kite kena sentiasa ingat pencipta kita agar kita x lalai hidup atas dunia nie untuk kehidupan di akhirat kelak...





Wednesday 9 January 2013

# Koleksi Peminat Novel #

PROJEK MEMIKAT SUAMI

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Novel ini menduduki no 2 Carta Bestseller di POPULAR, No 2 di Carta Bestseller di Kinokuniya

Judul : Projek Memikat Suami
Penulis ; Hanina Abdullah
Penerbit : Penulisan2u
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24



THE WEDDING BREAKER

Selangkah aku menghampiri-Mu, seribu langkah Kau akan mendekatiku…

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata m
asyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Tajuk: The Wedding Breaker
Penulis: Evelyn Rose
Penerbit : Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-36-9
Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak)



SIAPA ORANG GAJIKU


Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.

Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.

“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah

"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar

"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?

Judul : Siapa Orang Gajiku
Penulis : Azimah Lily
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24



KAMI DAH KAHWINLAH

 “Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Pegang adat keluarga kita. Adat turun-temurun kita…” – Nenek Saripah

Siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? Raqib Aryan dan Sara Cempaka, dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Padahal pada zaman kanak-kanak, mereka langsung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-menjeling. Tapi apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi mesra.

Pada mulanya mesra sebagai saudara sepupu, lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Tapi, bagaimana dengan Nenek Saripah yang memegang kuat adat keluarganya?

Akhirnya, mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. Rahsia yang disimpan dari London terbongkar di Malaysia apabila Elman Amar dan Mak Su Mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.

“Kak Sara suka abang?” – Muhamad Elman Amar

“Petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. Betulkan itu kau orang?” – Mak Su Mimie

Walaupun tanpa restu keluarga, namun mereka tetap mempertahankan hubungan suci itu. Rasa cemburu dan dugaan diharungi bersama-sama dengan pujuk dan memujuk. Tapi,cadangan Nenek Saripah telah menggugat pendirian Raqib Aryan dari terus merahsiakan hubungan mereka. Walaupun ditegah oleh Sara Cempaka, namun kisah hubungan mereka harus dikhabarkan kepada nenek!

“Hari ni jangan tayang senyum sangat... Nanti Mak Cik Habibah dengan anak dia terpikat habis…” – Sara Cempaka

“Bimbang ke? Kalau macam tu, Sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang-sorang. Ada yang nak menempel karang.” – Muhamad Raqib Aryan

Adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama Nenek Saripah? Rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam… Kami Dah Kahwinlah!

Judul : Kami Dah Kahwinlah!
Penulis : Lisa Muhamad
Penerbit : Penulisan2u
ISBN: 978-967-11208-3-5
Semenanjung: RM18
Sabah & Sarawak : RM21



RINDU DALAM SEPI

Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.

Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.

“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”

AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!

“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.”

Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.

Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?

“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”

“Kalimah apa?”

“I love you, my love.”

Judul : Rindu Dalam Sepi
Penulis : Siti Khadijah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25




SUAMIKU ENCIK PERFECT 10!

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, PuanYazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Judul : Suamiku, Encik Perfect 10!
Penulis : Syamnuriezmil
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM26


CIK BLUR & ENCIK IKHLAS

Novel terbaru dari penulis Cik Bunga Dan Encik Sombong

AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.

“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”–Encik Ikhlas

“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha

Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.

“Apa encik buat kat sini?”

“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”

“Rumah encik? Ini rumah encik?”

“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”

Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?

Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?

“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”

“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”

“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”


Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

Tajuk: Cik Blur Dan Encik Ikhlas
Penulis: Airisz
Penerbit : Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-38-3
Harga: RM19 (Semenanjung) // RM22 (Sabah & Sarawak)

SUAMI AKU USTAZ



Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?


“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Dapatkan di MPH, POPULAR seluruh negara. Novel ini sudah berada di kedai-kedai

Judul : Suami Aku Ustaz
Penulis : Hannah Dhaniyah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25


I LOVE YOU, STUPID!



Novel ini telah mendapat perhatian Rancangan Nasi Lemak Kopi O, Tv9, Penulis telah diwawancara untuk menceritakan tentang novel ini. Novel Bestseller di MPH dan POPULAR...

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan

Abang pedas? Eye Mo aku!

“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris

“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris

“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!

“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”

“Dan apa?” - Firman

“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…

“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”

Judul : I Love You, Stupid
Penulis : melur Jelita
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM39
Sabah/Sarawak : RM42

_Aktiviti Harian Student Universiti_


Universiti merupakan tempat yang diidamkan oleh lepasan-II SPM selepas tamat alam persekolahan menengah. Kalau dapat result yang bagus, maka dapat la universiti terbaik dan bagi yang tak dapat result yang bagus tu boleyh try mintak kolej kan..huhu Tapi bila masuk universiti bukannya korang belajar sangat kan?? kalau nak ikutkan list jam belajar la...betol tak?? nie merupakan tahun ke-2 aku berada di UUM dan aku dapat perhatikan banyak benda yang student U buat mase diorang tak study. Aku pown tak terkecuali termasuk dalam golongan tersebut. hehe nak tau pe aktiviti yang aku / diorang selalu buat.....jom kat sini aku listkan aktiviti-II tuh... :)

1) Ber"facebooking"


Majoriti student universiti kat malaysia nie ade akaun Facebook. Boleh kate tiap-II ari mesti ade yang update status, "like", "share" atau "komen" status membe kan?? tak pown ade jugak yg b'chatting dengan kengkawan di laman sosial nie. Kalau dulu mase zaman sekolah ade yang layan Frienster and Myspace. Selain FB, ade jugak student U yang layan Twitter...suke follow & tweet. Macam aku lebih suke gune FB sebab banyak applications yang menarik seperti games, chat, info pasal isu semasa dan sebagainya.

2) Layan Drama Korea


Selain ber"facebook", tonton drama korea jugak jadi aktiviti student U khususnye pada mase lapang. Aku merupakan salah sorang peminat cerite korea...hehe best kowt bile sekali layan...bile dah layan agak susah nak berhenti dengan jalan cerite nye yang panjang. Haa jangan ingat girl je yang layan korea nie, ade jugak boy yang layan taw ! Kalau hero dan heroin nye + citer nye best aku mesti tengok punye macam drama Boys Over Flowers, Winter Sonata, Princess Hour dan lain-II. Antara pelakon korea yang aku minat seperti Joong Ki, Ji Hyo, Kang So-ra, Lee Min Ho, Won Bin, Song Seung Hun dan ramai lagi.

3) Downloads Movies & TV Series

     Aku jamin yang semua universiti di Malaysia nie dilengkapi dengan kemudahan 'wireless internet access'. Sape-II yang kaki download tu, diorang tak kan lepaskan peluang nie untuk mendownload seberapa banyak filem/drama/siri TV yang diorang nak. Tapi bagi aku jarang download movie nie sebab terpakse menunggu lame. So, sebagai langkah alternatif aku hanye copy aje dari membe-II. :D kadang-II line internet kat sesetengah tempat slow, so ade jugak yg pakai broadband untuk mendownload. Ape yang bestnye sape-II yang ketinggalan episod drama kesukaan mereka boleh la download dari internet seperti Youtube, Maadu & Tonton yang sememangnye famous dengan drama/filem online nie. Manakala bagi peminat TV series pulak seperti Maharaja Lawak Mega dan Running Man yang tengah hangat disiarkan di kaca tv skunk nie, tiap-II minggu boleh selalu follow. Tak payah susah-II tunggu depan tv...kalau tunggu memang berjanggut la...huhu.. teknologi skunk kan da makin moden..hanye klik di hujung jari saje...



4) Novel

    Bagi peminat novel pulak mesti akan layan novel bile lapang terutamanyeee......novel cinta larh kan?? Sekali bace dalam dua hari pown boleh abis bagi yang kaki novel. Kalau aku lebih suke bace novel keluaran Alaf 21, Kaki Novel, Karangkraf dan Karya Seni sebab novelnye sume best-II. Bace novel nie kadang-II lagi syok dari tengok drama/movie kat tv tuh...feeling tu memang terase la orang kate...hehe...  Antara novel yang popular seperti Andai itu Takdirnya, Adam Hawa, Suami Aku Ustaz, Doktor Cinta, Ombak Rindu, Cik Bunga & Encik Sombong, Kasih Yang Suci, dan banyak lagi. Sebelom beli novel tu aku mesti bace sinopsis dulu dan tengok sape penulisnye. Penulis novel yang aku minat seperti Siti Rosmizah, Aisya Sofea, Ramlee Awang Mursyid, Airisz dan Sharifah Abu Saleem. Selain jalan cerita yang menarik, karya diorang turut memuatkan pengajaran untuk si pembaca... :)

5) Ber"blogger"


Haa yang nie jugak merupakan salah satu aktiviti yang aku lakukan bile ade mase lapang. Kat blog nie macam-II topik yang kite boleh tulis...contohnye seperti yang sedang aku tulis nie. Selain tu kite jugak boleh tulis resepi, info semasa, tutorial pemakaian tudung, promote produk, fakta & sejarah hidup kita kalau nak share dengan pengguna internet yang lain. Aku memang suke menulis bila ade idea. Yela daripada buat perkara yang tak berfaedah elok jugak kita share pa pe dengan kengkawan, ye tak?? Sesungguhnya menulis blog nie boleh mendatangkan kepuasan jugak walaupun terpakse mengadap mende nie berjam-jam lame nye untuk dapatkan hasil yang memuaskan....hehe yang penting enjoy...


p/s : Study jangan lepak, nanti result 'gempak'. Thanx kat korang yang sudi menjengah & bace topik aku yang kali ini.... ^_~V












Friday 21 December 2012

_Tips untuk Exam_


     Alhamdulillah akhirnye berlalu sudah minggu pengajaran & pembelajaran (P&P). Semester nie UUM hanye peruntukkan 14 minggu je utk minggu P&P. So, sem nie dianggap sem yg pendek larh. Next week student UUM dan IPT yg laen di seluruh Malaysia bakal menghadapi Final exam dan akan berakhir pada pertengahan bulan Januari 2013. Bile kelas da abis  mesti ada yg balik umah dan ada jugak yg stay je kat UUM tercinta nie.... Saya stay kat sini je larh sebab bile balik umah comfirm banyak dugaan utk ulang kaji...hehehee... Ape pown sume orang perlu bersedia utk menghadapi ujian yg penuh dgn cabaran nie. 

Ok, kembali ke tujuan asal... Sempena dengan musim final exam yg bakal menjelang tiba nie saya nk share sikit tips menghadapi exam. Kate orang Sharing is Caring...right? huhu... Tapi tips nie ada yg saya praktikkan sendiri sepanjang bergelar student di sekolah dan universiti. Ada jugak saya amik tips dari kgkwn. Masing-II ade care nye yg tersendiri. Tapi nie hanye sbg perkongsian dgn sahabat-II sume... :)

Jom ikuti tips-II berikut :


1. Mula belek-II buku masa start study week.
Jujur saya katakan, saya nie jarang jugak ulang kaji pelajaran melainkan bile ade test @ bila perlu ciapkan tutorial / assignment.  Kalau ditakdirkan tak de bende alah tu memang tak study la..  Kebetulan pulak masuk sem ni banyak pulak tutorial & assignment yg kena buat . So rajinlah sikit bukak buku.  Tima kacih assignment !
Kebiasaannya, bile nak dekat exam baru nak start study. Tapi bagi sape-II yg rase diri nye tak berape pick up sgt dalam sesuatu subjek @ terpakse amik mase utk paham bende yg pernah korang belajar sampai lupe terus dari kotak ingatan, korang haruslah mulakan study seawal mungkin.  mesti ada yg rase macam tak penah belajar je bile tengok balik nota. tapi sebenarnye dah lupe. Sooo, care nie perlu di gune pakai oleh individu yg berkenaan..... Sehari minimum lebih kurang 3-4 jam pown ok utk study. Mane-II yg otai dan pick up tu, study dua ari sebelum exam pown tak perrr...

2. Tidur awal
Nak kata saya tidur awal pown tak juga tapi ade la dalam pukul 11-12 mlm kalau paling awal. Tujuan nye utk bangun awal keesokan harinye. bangun awal boleyh study awal sikit. kalau esok exam tidur lambat memang ting tong la jawab nye pagi esok. Saya tak suke pakse diri utk tak tidur semata-mata nak study tengah malam sebab bile dah menguap comfirm study tak masuk melainkan tibe-II saya ada masalah nak tidur awal...huhu.. Masa zaman sekolah dulu, kalau tak sempat study pown akan tidur macam biase jugak. Bagi sape-II yg nak cepat tidur, sila baca nota korang. Comfirm cepat lena...hehe...

3. Buat soalan final
Dekat nak exam nie mule la saya tengok student berebut duk cari soalan final kat library. Ok next tip, lepas habis satu bab yg dah ulang kaji, korang digalakkan utk buat soalan final. Try la buat dalam 3-4 set soalan final walaupun belom tentu apa jawapan sebenarnye. Jawapan nanti kena compare dengan member larh sebab memang tak ade skema jawapan. Pa pe pown sekurang-kurangnye kite familiar dgn bentuk soalan yang ditanye...

4.  Teori dihafal dua hari sebelum exam.
Subjek maths, akaun or subjek calculation yg seangkatan dengan nye mesti banyak kena kira-II. Tapi ade jugak soalan teori yg ditanye dalam exam. Bagi yg mempunyai daya ingatan yg tak berape nak bagus, contoh nye seperti saya nie tak amik risiko utk hafal teori awal-II. Dua tiga ari sebelom exam baru mula nak hafal. Faham & hafal teori adalah dua perkara yg berbeza. Hafal nie lebih kpd utk mengingat perkataan-II dan struktur ayat yg bakal ditulis atas kertas nanti.

5. Dekatkan diri dengan Maha Pencipta
Jangan terlalu leka dgn ulang kaji sampai waktu solat pown boleh terlepas. Makin dekat dgn exam lagi perlu kita menambah ibadat.  Dalam aspek spiritual ni, ikut kemampuan dan pendekatan masing-II utk melaksanakannya.  Bagi yg muslim boleh selalu ke surau @ masjid @ buat solat hajat. Berdoalah kepada-Nya selepas kita puas berusaha dan Allah sangat pemurah dalam memperkenankan doa hambanya. Tapi harus diingat, kita bukan ingat Allah ketika susah, nak sesuatu @ bile nak exam je.  Perangai seperti ini jangan dipraktikkan kerana kita bertuhan bukannya bermusim tetapi sepanjang hayat.  Jika ada perangai macam tu dalam diri, korang boleh imagine la samada Allah nak tolong atau tidak.  Kalau boleh biarlah istiqamah walaupun amalannya sedikit dan jadikan amalan tersebut amalan yang bukan bermusim. :)

6.  Relakskan diri

Manusia bukan robot untuk belajar tanpa henti.  Bila sejam dah study saya akan bukak internet.  Baca news, online facebook (kire wajib da kowt dalam sehari.....hehee..), blogwalking sambil mengomen @ update blog sendiri.  Bila meluahkan ekspresi diri sendiri tentang sesuatu dalam blog dan share dengan orang lain dapatlah kurangkan sikit stres dalam kepala ni.  Sharing is Caring kan..kan..kan?? huhuu... 

7.  Baca Doa
Utk yg Muslim, nie doa yg boleh korang amalkan bile terlupa akan sesuatu pelajaran. Mane larh tau tetibe jew otak jadi tak ingat tentang ape yg da kite hafal.....mudah-mudahan Allah bagi petunjuk...In Shaa Allah..


8.  Pemakanan 
Selain dari aspek Intelektual & Kerohanian, pemakanan juga harus dijaga. Para pelajar sekalian, korang boleh la amalkan makan madu dan kismis minda utk kecerdasan minda agar mudah utk kita terima pelajaran.

Hanya lapan tips saje yg dapat saya kongsikan. Tak banyak dan tak sikit tapi sedang-II saje.  Masing-II ada cara tersendiri untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi exam.

Ok nie pulak tips dari Pakar Motivasi yg sempat sy amik. Harap-II sume tips tersebut dapat memberi panduan kat korang sume dan terpulang kepada diri sendiri untuk melaksanakannya. Kalau nak ikut alhamdulillah, tak nak ikut pun tak de hal larh.  Moga ianya bermanfaat.... :)



Akhir sekali selamat berjuang diucapkan kepada sahabat-II terdekat ku dan semua yang akan menghadapi exam.  Semoga usaha kita dipandang Allah swt dan diberikan kejayaan yang setimpal dengan kepayahan yang kita hadapi.  Dalam kesempatan nie, diri ini ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada kesalahan perbuatan @ kekasaran dalam tutur kata.  Jangan lupa doakan kita semua peroleh kejayaan. Sesungguhnya kejayaan milik kita semua....In Syaa Allah...

Kita berada di jalan Allah dan berbanggalah kerana kita sebenarnya sedang membantu agamanya.

*Sape-II yg nak share tips utk exam boleyh la nyatakan di bahagian komen di bawah ye...


Maat Taufiq Wannajah.... ^_^


 




Thursday 29 November 2012

Dur!an Crepe

musim durian tiba lagiii...sume orang duk sibuk cari buah durian...bile sebut jew pasal durian mst ramai yg t'ingin nk mkn t'utama bg penggemar raja buah nie. Ape kate durian yg lebih tu kite wat durian crepe..skli mkn mst nk lg... jom ikuti resepi yg sy sediakan :)

Bahan-II nya :

  • 250 gm tepun gandum
  • 2 biji telur
  • 500 ml santan - gune 1/2 biji kelapa parut di ambil santannye @ gunakan je santan dah siap tuu. (Fungsi santan akan menjadikan lempeng elastik , mudah nak di angkat dan tidak mudah koyak)
  • 1/ 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil paste pandan  (untuk kaler hijau @ kaler yang di sukai  tetapi yang popularnye kaler hijau pandan dan kuning)
  • 1 sudu besar  butter di cairkan (fungsinye akan menjadikan lempeng berkilat dan tidak melekat di kuali & tidak perlu di sapu minyak pada kuali non stick)
  • 2 sudu besar gula halus 


Cara-II membuatnya :


1.       Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati
2.       masukkan santan sedikit demi sedikit untuk mengelakkan ianye berketol.  Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas. Tak tapis pun tak pee....
3.       Panaskan kuali tidak lekat - non stick pan. Sapu sedikit minyak untuk kali pertama aje.
4.       Masukkan sesenduk dan ratekan  @ lenggangkan kuali.
5.       Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu di terbalikkan.
6.       Ulang hingga adunan habis di masak.


 bile da ciap, terhasil larh rupa seperti ini.....



    ok lepas da ciap wat crepe tu kite wat filling nye pulakkk.. 


   DURIAN FILLING


Bahan-II :

1 cawan Non-dairy whipping cream (pukul hingga kental)

Isi durian secukupnya


Cara-II :
1.       Bentangkan 1 keping crepe 
2.       Letakkan whipping cream di tengah-II nya 
3.       Letakkan isi durian 
4.       Tutup semula dengan whipping cream 
5.       Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk



** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin. So, tukar la nama nye kepada  JAGUNG CREPE @ MANGO CREPE...

nie la hasilnya bile da ciapppp.....tgok intinye mcm aiskrim pn ade...
cmt mencube :)